Diubah daripada lagu Seksis nyanyian Anita Sarawak
Lagu dan lirik asal oleh Edry KRU

Bila ku menjeling kau ‘kan tegur
Tak henti-henti membebel
Sampai ku tercabar
Sebelum bertarung kau dah pun kena singkir

Si gadis jalanan mengenyit mata
Stereotaip pun tak apa
Bila di jalanan kau tunjuk lawa
Mengalahkan Siti Nurhaliza

Oh mana keayuannya?
Balik-balik oh muka itu jua
Dahulu hingga kini
Kau memonopoli cuba menguasai
Diriku ini oh! Mana adil?

Jangan anggap ku sederhana
Hanya kerana aku jejaka
Walaupun tak setampan mana
Engkau pun apa kurangnya

Jangan ingat aku selamba
Nanti engkau pulak yang tercabar
Usahlah merayu lagi
Jelas sudah kau syok sendiri
Godaanmu akan ku tangkis
Kerana kau memang kaki kikis

Pabila ku ramah manis lidah
Kau tuduhku ‘tackle’ perempuan muda
Namun bila kau menggoda aku
Katamu kau terpikat padaku

Bukan main miang buat manja
Memang boros bila berbelanja
Hujung bulan tiba gajiku pula
Kau habiskan buat beli-belah

Oh mana keayuannya?
Asyik-asyik oh muka itu jua
Dahulu hingga kini
Bosan menguasai hingga makan diri
Sampai bila lagi?
Sudahlah pergi!

Jangan anggap ku sederhana
Hanya kerana aku jejaka
Walaupun tak setampan mana
Engkau pun apa kurangnya

Jangan ingat aku selamba
Nanti engkau pulak yang tercabar
Usahlah merayu lagi
Jelas sudah kau syok sendiri
Godaanmu akan ku tangkis
Kerana kau memang kaki kikis

Lirik saduran asal oleh icelemontea dipetik dari forum Cari.com.my.
Diubahsuai dan diremix oleh dJ phuturecybersonique.